Friday, December 17, 2010

permainan kanak-kanak - galah panjang

Salam 1 Malaysia

permainan kanak-kanak galah panjang versi pk5 crews :

sebelum penerangan lengkap diberikan kepada pemain, rujuk pakar dulu ok

explaination oleh cik ain n sik tehah..nampak tak muka garang siap cekak pinggang tanda suh fokus

memikirkan posisi sama ada betul atau tidak..yela, tak dengar rules kan tadi

are you ready kids??

acah jangan tak acah. masuk jangan tak masuk. cuit jangan tak cuit

hah hah hah tangan aku panjang lah

konpius der?mana satu nak jaga ni?pengsan

lari anak ke jalan laju-laju?ke nak merangkak o terbang?

muka penonton pelbagai aski terlampau yang dilihat

kami nak masuk ni..tak nak jaga ke?

ibu ayam dengan ibu itik deal kan dulu secara paksa

aku da ready lah..cepat la mula

cop!!!! ada yang saya nak tambah. patut begini n begini

sesi tunjuk cara. model yang giler glamor..yan la tu

ada faham?nak sambung lagi tak?

pewit!! da tamat game la..best best..balik nak tido

taklimat penutup
Sekian

Thursday, December 16, 2010

amali permainan kanak-kanak (bola bakul)

Salam 1 Malaysia

bagi memenuhi praforma PJM3102 Pergerakan Asas bagi semester 2 tahun pertama, kami telah diminta untuk mencipta satu permainan kanak-kanak dan kami telah dikehendaki untuk mendemokannya bagi penilaian yang akan dijalankan..dalam masa yang sama, segala masalah mahupun perkara yang tidak kena, akan segera di ambil perhatian dan perlu di ubah bagi kesesuaian para pelajar.

sesi penerangan oleh ahli kelab yang mengorganise permainan mereka

para peserta yang sudak excited untuk beradu tenaga

pensyarah membuat kajian kelogikan sebentar

take turn..bernafas sebelum berentap

permainan di mulakan..ayuh berlumba

take da ball..nah, amek ko..searching 4 da goal!!

take da break 4 next game

wajah-wajah juara yang keletihan

sesi mempromote gaya masing-masing

me me and me plis..sini sini

bergelak tawa sebelum bermain..ternyata terhibur
Sekian

Wednesday, December 15, 2010

Peraturan Asas Bola Baling


10 PERATURAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING
1)    Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan, tujuh orang bermain dan lima orang sebagai pemain simpanan. Penggantian pemain boleh dilakukan bila-bila masa dalam permainan.
2)    Permainan diadili oleh dua orang referi.
3)    Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang memilih untuk membuat permulaan. Balingan dibuat di garisan tengah.
4)    Seseorang pemain dibenarkan :
·         menahan, manangkap, membaling, melontar atau memukul bola dengan apa cara pun dengan tangan, lengan, kepala, paha atau lututnya.
·         memegang bola untuk selam tiga saat sebelum membuat balingan atau hantaran.
·         melantunkan bola berterusan dari satu tempat ke tempat lain dalam kawasan permainan yang ditetapkan.
5)    Pemain-pemain kecuali penjaga gol, tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan gol.
6)    Apabila penjaga gol keluar dari kawasan golnya, dia dianggap sebagai pemain padang.
7)    Jika bola keluar dari garisan tepi, permainan disambung semula dengan satu balingan ke dalam oleh pasukan yang tidak mengeluarkan bola itu.
8)    Semasa balingan percuma, balingan mula atau balingan ke dalam dilakukan, pihak lawan hendaklah sekurang-kurangnya tiga meter dari pembaling.
9)    Satu balingan penalti akan diberi kepada pihak lawan jika seorang pemain itu menghantar bola kepada penjaga golnya yang berada dalam kawasan gol.
10) Gol boleh dijaringkan dari mana-mana balingan.

pergerakan asas - gimnasrada sem 1

Saturday, December 11, 2010

6 perkara ALLAH sembunyikan

SETELAH ALLAH SWT SELESAI MENCIPTAKAN JIBRAIL AS DENGAN BENTUK YANG CANTIK, DAN ALLAH MENCIPTAKAN PULA BAGINYA 600 SAYAP YANG PANJANG, SAYAP ITU ANTARA TIMUR DAN BARAT (ADA PENDAPAT MENYATAKAN 124,000 SAYAP). SETELAH ITU JIBRAIL AS MEMANDANG DIRINYA SENDIRI DAN BERKATA:



"WAHAI TUHANKU"

* ADAKAH ENGKAU MENCIPTAKAN MAKHLUK YANG LEBIH BAIK DARIPADA AKU?

* LALU ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD..."TIDAK"

* KEMUDIAN JIBRAIL A.S BERDIRI SERTA SOLAT DUA RAKAAT KERANA SYUKUR KEPADA ALLAH SWT. DAN TIAP-TIAP RAKAAT ITU LAMANYA 20,000 TAHUN. SETELAH SELESAI JIBRAIL AS SOLAT,

* MAKA ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD




"WAHAI JIBRAIL, KAMU TELAH MENYEMBAH AKU DENGAN IBADAH YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH, DAN TIDAK ADA SEORANG PUN YANG MENYEMBAH KEPADAKU SEPERTI IBADAT KAMU, AKAN TETAPI DI AKHIR ZAMAN NANTI AKAN DATANG SEORANG NABI YANG MULIA YANG PALING AKU CINTAI, NAMANYA MUHAMMAD, DIA MEMPUNYAI UMAT YANG LEMAH DAN SENTIASA BERDOSA SEKIRANYA MEREKA ITU MENGERJAKAN SOLAT DUA RAKAAT YANG HANYA SEBENTAR SAHAJA, DAN MEREKA DALAM KEADAAN LUPA SERTA SERBA KURANG, FIKIRAN MEREKA MELAYANG BERMACAM-MACAM DAN DOSA MEREKA PUN BESAR JUGA. MAKA DEMI KEMULIAANKU DAN KETINGGIANKU, SESUNGGUHNYA SOLAT MEREKA ITU AKU LEBIH SUKAI DARI SOLATMU ITU KERANA MEREKA MENGERJAKAN SOLAT ATAS PERINTAHKU, SEDANGKAN KAMU MENGERJAKAN SOLAT BUKAN ATAS PERINTAHKU"




* KEMUDIAN JIBRAIL A.S BERKATA

"YA TUHANKU, APAKAH YANG ENGKAU HADIAHKAN KEPADA MEREKA SEBAGAI IMBALAN IBADAT MEREKA?"

* LALU ALLAH BERFIRMAN YANG BERMAKSUD



"YA JIBRAIL, AKAN AKU BERIKAN SYURGA MA'WAA SEBAGAI TEMPAT TINGGAL...."



* KEMUDIAN JIBRAIL AS MEMINTA IZIN KEPADA ALLAH UNTUK MELIHAT SYURGA MA'WAA. SETELAH JIBRAIL AS MENDAPAT IZIN DARI ALLAH SWT MAKA PERGILAH JIBRAIL AS DENGAN MENGEMBANGKAN SAYAPNYA DAN TERBANG, SETIAP DIA MENGEMBANGKAN DUA SAYAPNYA DIA BOLEH MENEMPUH JARAK PERJALANAN 3000 TAHUN, TERBANGLAH DUA SAYAPNYA DIA BOLEH MENEMPUH JARAK PERJALANAN 3000 TAHUN, TERBANGLAH MALAIKAT JIBRAIL AS SELAMA 300 TAHUN SEHINGGA IA MERASA LETIH DAN LEMAH DAN AKHIRNYA DIA TURUN SINGGAH BERTEDUH DI BAWAH BAYANGAN SEBUAH POHON DAN DIA SUJUD.

* KEPADA ALLAH SWT LALU IA BERKATA DALAM SUJUD ;

* "YA TUHANKU APAKAH SUDAH AKU MENEMPUH JARAK PERJALANAN SETENGAHNYA ATAU SEPERTIGA, ATAU SEPEREMPATNYA?"

* KEMUDIAN ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD




"WAHAI JIBRAIL, KALAU KAMU DAPAT TERBANG SELAMA 3000 TAHUN DAN MESKIPUN AKU MEMBERIKAN KEKUATAN KEPADAMU SEPERTI KEKUATAN YANG ENGKAU MILIKI, LALU KAMU TERBANG SEPERTI YANG TELAH KAMU LAKUKAN, NESCAYA KAMU TIDAK AKAN SAMPAI KEPADA SEPERSEPULUH DARI BEBERAPA PERPULUHAN YANG TELAH KUBERIKAN KEPADA UMAT MUHAMMAD TERHADAP IMBALAN SOLAT DUA RAKAAT YANG MEREKA KERJAKAN..."

MARILAH SAMA2 KITA FIKIRKAN DAN BERUSAHA LAKUKAN.. SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN ENAM PERKARA IAITU ;




* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN REDHA-NYA DALAM TAAT

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN MURKA-NYA DI DALAM MAKSIAT

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN NAMA-NYA YANG MAHA AGUNG DI DALAM AL-QURAN

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN LAILATUL QADAR DI DALAM BULAN RAMADHAN

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN SOLAT YANG PALING UTAMA DI DALAM SOLAT (YANG LIMA WAKTU)

Assalamualaikum

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN (TARIKH TERJADINYA) HARI KIAMAT DI DALAM SEMUA HARI




SEMOGA KITA MENDAPAT BERKAT DARIPADA ILMU INI.
WALLAHUALAM
KALAU RAJIN... TOLONG SEBARKAN CERITA INI KEPADA SAUDARA MULIM MUSLIMAT YANG LAIN AGAR MENJADI RENUNGAN DAN PELAJARAN KEPADA KITA SEMUA. ILMU YANG BERMANFAAT IALAH SALAH SATU AMAL YANG BERKEKALAN BAGI ORANG YANG MENGAJARNYA MESKIPUN DIA SUDAH MENINGGAL DUNIA.....

Tidak Ku Pinta Mahar yang Tinggi

Assalamualaikum

Sayup-sayup kedengaran di luar sana. Kalau mahasiswa di Malaysia sibuk dengan pelbagai aktiviti. Ada yang sibuk bercuti dengan sahabat-sahabat, ada yang menziarahi sanak saudara, tidak kurang ada yang berprogram bersama kawan-kawan. Bercuti serata dunia.
Bagi yang ada kesedaran, ada yang mengikuti program "short sem" di pondok-pondok bertiangkan kayu jati bagi memperkukuhkan ilmu agama. Tidak rasa rugi dengan sedikit bayaran yang di kenakan. Sememangnya pondok-pondok di Malaysia sekarang sudah banyak upgrade dari segi sistemnya. Mereka mengetahui mahasiswa-mahasiswa perlukan mereka di kala cuti semester berlangsung.
Manakala bagi pelajar timur tengah mungkin sebahagiannya masih dalam peperangan exam yang belum selesai. Semoga Allah permudahkan semuanya.
Bujang Senang dan Bujang Belum Terlajak
Di hujung tahun sebegini sememangnya para 'bujang senang' mahupun 'bujang belum terlajak' mengambil kesempatan untuk mengadakan hari yang mungkin paling bahagia dalam sejarah hidup iaitu perkahwinan.
Mudah-mudahan dengan harapan sanak saudara dapat menjadi saksi akan pernikahan mereka disamping mengeratkan silaturrahim. Maklum lah masing-masing sibuk, menjadikan sanak saudara jarang bertemu. Setidak-tidaknya setahun sekali di kala hari raya. Itu pun seandainya ada cuti.
Walau bagaimanapun tidak ketinggalan masih ada yang tidak berkesempatan untuk meraikan hari bahagia tersebut dek kerana ketidakcukupan dana yang terkumpul untuk merealisasikannya. Mahu tidaknya sekarang semua barang naik. Kenapa barang naik? Saya tidak mahu jawab. Masing-masing tahu sebabnya. Masih belum terlambat untuk menurunkannya pada masa akan datang.
Kini mahar atau belanja perkahwinan menjadi bualan.
"Anak mak cik Limah tu SPM je, RM10k."
"Anak pak seman pulak RM1k je, murah kan. Tak patut betul ustaz tu."
"Anak saya kawin RM7k, tu pun dekat sepuluh kali minta diskaun."
Macam-macam orang cakap. Macam mahu jual barang. Hukum adat dan sifat berlumba-lumba di kalangan masyarakat hari ini semakin menjadi-jadi. Masing-masing ingin mengumumkan dan mengisytiharkan.
Anak Aku Paling Mahal
"Anak aku la paling "mahal" setakat ni dalam kampung kita, " dengan penuh bongkak dan takabur berbicara, tanpa menyedari hakikat mahar yang disyariatkan.
Masyarakat menjadikan Islam itu semakin sukar untuk diamalkan. Menyukarkan untuk melaksanakan tuntutan Islam sekali gus membuka pintu maksiat yang dilakukan oleh pasangan kerana sukar untuk berkahwin. Inilah barah yang kian melanda dewasa ini.
"Mak tak payah la letak mahal-mahal sangat, dia bukan keje tetap lagi," kata Lina.
"Hang gila ka apa? Aku bagi hang belajaq sampai MA, hang nak bagi kat dia RM2k jer. Baik hang cari orang lain yang lebih kaya kalau macam tu," balas Mak Andak pada Lina.
Anak hanya menunduk diam. Tidak berani membantah cakap ibu. Dikhuatiri akan terderhaka.
Kadang-kadang si anak memahami apa yang dikehendaki dengan perkahwianan, namun niat terhenti atas keinginan ibu bapa.
Macam-macam tanggapan masyarakat tentang belanja, mas kawin mahupun mahar. Terkadang seperti menjual anak pula. Kita lupa akan hakikat diri seorang insan yang bergelar wanita. Yang mana nilainya tidak ternilai dengan RM10k, RM100k dan sebagainya.
Martabat Wanita Di Sisi Agama
Sesungguhnya nilai seorang wanita itu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Islam meletakkan martabat seorang wanita itu terlalu tinggi. Tidak dapat dibeli dengan segala jenis harta. Mahar yang diberikan hanyalah sebagai penghargaan dan kehormatan dari pihak lelaki kapada wanita tersebut kerana sudi menjadi teman hidupnya, berjanji berkongsi suka duka bersama hingga ke akhir hayat.
Mazhab Syafie dan sebahagian ulama tidak menetapkan kadar yang terendah dalam meletakkan nilai mahar. Selagi mana mempunyai nilai ia diterima sebagai mahar.
Kita kembali kepada sejarah yang mana Rasul s.a.w bertanya kepada sahabat yang ingin berkahwin berapakah mahar yang mampu diberikan kepada pihak perempuan. Kerana apa, kerana ia mengikut kemampuan si lelaki. Seandainya ditanya kepada pihak perempuan, sudah pasti ia akan menyukarkan pihak lelaki.
Suami Akan Lakukan Yang Terbaik
Kepada kaum muslimah tidak perlulah risau, kerana bakal suami anda akan memberikan yang terbaik untuk anda.
Pemberian yang lahir dengan penuh keikhlasan dalam hati lelakilah sebenarnya membawa keberkatan dan kebahagian dalam sesebuah keluarga.
Bilamana lelaki memberikan mahar yang diminta oleh pihak perempuan dalam keadaan tertekan, penuh bebanan dan sebagainya, inilah yang akan membawa kemudaratan di masa hadapan, nauzubillah min zalik.
Mungkin dengan mahar yang tinggi itu, si lelaki akan mengungkit itu dan ini di masa hadapan.
"Aku bayar sampai RM11k, ingtkan serba boleh. Goreng ikan pun tak masak betul, lipat baju pun tak pandai., masak kari pun masin dan bla bla bla...."
Pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku.
Pesan Rasulullah s.a.w.
Kita lupa akan pesan Nabi s.a.w yang mana nabi menyebut,
"Pernikahan yang paling berkat adalah yang paling mudah perbelanjaannya."
"Sesungguhnya semulia-mulia perempuan itu ialah yang paling mudah urusan maharnya."
"Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah."
"Berilah mahar sekalipun sebentuk cincin daripada besi."
Ini menunjukkan Islam tidak mahu menyusahkan umatnya dalam melaksanakan syariat kerana dengan itu akan timbul pelbagai masalah yang lain.
Sedarlah kita bahawa kita perlu mengubah kembali persepsi masyarakat yang mengatakan, lagi tinggi harga mahar lagi tinggi darjat seseorang wanita. Ini salah sama sekali.
Saya masih ada seorang kakak yang belum berkahwin dan insyaAllah akan melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan. Sempat saya berpesan kepada mak sebelum kakak bertunang.
"Kakak nanti, mak jangan letak mahal-mahal. Ikut pihak lelaki tu nak bagi berapa. Kita bukan nak jual anak. Kalau mahal-mahal pun menyusahkan pihak lelaki je nanti, lagi masalah."
Pelbagai alasan dan sebab serta hikmah tentang perkahwinan sempat diceritakan kepada mak saya.
Alhamdulillah sekurang-kurangnya saya telah melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya. Selebihnya terpulang kepada mereka untuk melaksanakannya.
Semoga hubungan kakak saya dengan bakal suaminya berkekalan selamanya dan mendapat reda dari Allah. Amin.
- Artikel iluvislam.com


Biodata Penulis

Ustaz Muhammad Isa merupakan pemegang Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat daripada Darul Quran, JAKIM. Kini beliau merupakan mahasiswa Syariah (Usul Fiqh) di Mu'tah University, Jordan.

Monday, December 6, 2010

Kelebihan Membaca Ayat al-Kursi

Assalamualaikum


1) Barangsiapa membaca ayat al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT akan mewakilkan dua orang malaikat memeliharanya sehingga subuh

2) Barangsiapa membaca ayat al-kursi di akhir setiap solat fardhu, dia akan berada dalam lingkungan Allah SWT hingga sembahyang fardhu yang lain

3) Barangsiapa membaca ayat al-Kursi di akhir setiap solat fardhu, tidak menegah ia masuk syurga, barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke ats rumahnya, rumah jirannya dan ahli-ahli sekitarnya.

4) Barangsiapa membaca ayat al-Kursi di akhir setiap solat fardhu Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan yang benar, pahala-pahala nabi dan Allah melimpahkan rahmat keatasnya.

5) Barangsiapa membaca ayat al-Kursi sebelum keluar rumahnya, Maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya memohon keampunan dan mendoakannya.

6) Barangsiapa membaca ayat al-Kursi di akhir setiap solat fardhu Allah SWT mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid

7) Barangsiapa membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. 


Marilah kita sama-sama mempraktikkannya sebagai amalan harian kita....
smoga Allah menerima sgala ibadah kita.amin..