Wednesday, December 15, 2010

Peraturan Asas Bola Baling


10 PERATURAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING
1)    Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan, tujuh orang bermain dan lima orang sebagai pemain simpanan. Penggantian pemain boleh dilakukan bila-bila masa dalam permainan.
2)    Permainan diadili oleh dua orang referi.
3)    Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang memilih untuk membuat permulaan. Balingan dibuat di garisan tengah.
4)    Seseorang pemain dibenarkan :
·         menahan, manangkap, membaling, melontar atau memukul bola dengan apa cara pun dengan tangan, lengan, kepala, paha atau lututnya.
·         memegang bola untuk selam tiga saat sebelum membuat balingan atau hantaran.
·         melantunkan bola berterusan dari satu tempat ke tempat lain dalam kawasan permainan yang ditetapkan.
5)    Pemain-pemain kecuali penjaga gol, tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan gol.
6)    Apabila penjaga gol keluar dari kawasan golnya, dia dianggap sebagai pemain padang.
7)    Jika bola keluar dari garisan tepi, permainan disambung semula dengan satu balingan ke dalam oleh pasukan yang tidak mengeluarkan bola itu.
8)    Semasa balingan percuma, balingan mula atau balingan ke dalam dilakukan, pihak lawan hendaklah sekurang-kurangnya tiga meter dari pembaling.
9)    Satu balingan penalti akan diberi kepada pihak lawan jika seorang pemain itu menghantar bola kepada penjaga golnya yang berada dalam kawasan gol.
10) Gol boleh dijaringkan dari mana-mana balingan.

2 comments: