Sunday, October 24, 2010

Menghidupkan Kembali Blog Kita

Assalamualaikum w. b. t

Sekian lama blog kelas PK 5 menyepi diri. Tak-tak, bukan blog yang menyepi sebaliknya ahli-ahlinya yang terlalu sibuk dengan urusan masing-masing sehingga lupa akan wujudnya satu laman khas untuk ahli-ahlinya ini. Tapi tidak ada sesiapa harus dipersalahkan kerana memang tak dapat dinafikan lagi, kesibukan yang melanda kita semua pada semester ini (bahkan setiap semester) memang tidak memberi kita masa untuk menziarahi blog ini. 

Di kesempatan ini, tidak banyak yang ingin aku perkatakan cuma sekadar mahu memastikan blog kelas kita sentiasa di 'update' kan serta menunjukkan ia masih hidup sepertimana kita semua yang masih mempunyai semangat setiakawan yang kukuh.



Setelah hampir 2 tahun setengah kita berada di IPG ini, bersama sebagai satu unit, kumpulan dan saudara se-Islam, semestinya hubungan kita semua makin hari makin rapat ya. Bukan sekadar rapat, tetapi bagi aku tempoh ini sudah agak banyak mengajar kita semua akan sikap-sikap setiap ahli unit kita. Semakin hari semakin kita mengenali dengan lebih mendalam antara satu sama lain. Kalau dulu-dulu semasa semester satu  kita masuk, semuanya menunjukkan sikap yang baik. Semester dua, mula menampakkan sikap masing-masing dan berterusan sehingga ke semester tiga. Masuk ke semester satu tahun ini, macam-macam hal terjadi. Tapi aku lihat, semester ini (semester 2) keadaan semakin baik. Maksud aku, kita semua sudah semakin matang. Kita tahu yang itu bersikap begitu, maka kita cuba bersungguh-sungguh untuk mengikuti caranya. Dan kita cuba menjadi diri sendiri  dengan cara yang betul. Alhamdulillah. Bagi aku, ini semester terbaik bagi kita semua setakat ini dan aku berharap selepas ini ia akan semakin baik, dengan izin Allah.



Seterusnya. Peperiksaan kita pun dah hampir, dalam satu minggu saja lagi tapi aku sendiri belum buka buku sebenarnya (aku memang study last minit, result pun last minit gak). Takut memang ada, tapi kemalasan tu menguasai diri. Namun aku yakin dah ada yang mula study, seperti Mira yang aku tahu memang rajin. Yang lain -lain aku tak tahu sebab aku tak tanya. Sorry :)
Bersempena dengan peperiksaan kali ini, aku ingin mengucapkan semoga berjaya kepada semua sahabat-sahabat PK5 dan berusahalah sehabis mungkin. Kerana kita semua adalah bakal-bakal guru yang hebat-hebat belaka. 

Banyak benda lagi aku nak tulis tapi kalau tulis banyak-banyak orang bosan nak baca kan. Jadi setakat ni lah dulu ok. Aku akan cuba merajinkan diri untuk meng'update' blog ini  dan aku mengharapkan sahabat-sahabat lain juga begitu. Paling -paling pun, kalau tak sempat nak tulis apa-apa, baca pun dah cukup baik. Jika ada apa-apa kemusykilan atau perkara hendak dihebahkan dan sebagainya, bolehlah 'post' di group PISMP Pendidikan Khas 5 Jan 2010 di facebook ok. Sekian untuk kali ini. 

p/s: 2 jer gambar yang dapat di 'upload' dan pemilihan pun rawak sebab masalah teknikal. Harap maaf kalau tak puas hati. :) 

Posted by : Admin Group PISMP Pendidikan Khas 5 Jan 2010

Sunday, October 17, 2010

latest~

kawan2... sgt lame xupdate blog kite...so ak pon tuko la pe yg ptt such as background n lagu yg xley gne da... jgn mrh yep... hope korang pon rajin2 la updatekan blog yg da bswang neh...

skrg da sem 2... nak abis sem da pon... macam2 kite lalui such as da abis ujian amali... n asemen...hehehe..sok ade pameran lb..sure akn masokkn gmbo lam blog neh... n nxt will come melaka jaya at stadium hang jebat.. mst korang xsbo kan.. ikot tema oke... baju wane purple, merah n oren... hikhik..  kite amik gmbo bnyk3 ye..hehehe... then kite ad perancangan mau ke indonesia..hpe sme bjalan lancar... hikhik...nxt sem sme kne gmat2 oke... kne ad almost half thousand..hakhak... xsbo ngn bgmbira ngan korang sme..smga evrything is fine... 

oke la 2 jep stakat neh..nie ar kite sme spnjang sem nie:)

                                             pas abis klas pj kite bergumbire:)
                                                       turn kawen kite oke:)
                                                            makan3..jamuan ari raye:)
                                                                     sweet memory:)
                                                                      berbuke bersme3:)

p/s: korang always da bes lorh... n we will t...snap3 more gmbo 4 da nxt oke...glad to meet you olls:) ilyolls:...
dearest:waninawi

Tuesday, July 20, 2010

kerana persahabatan kami bertahan.

dah 2 tahun kan?
cepat sungguh masa berlalu.
semoga bertahan lama persahabatan ini.
love all of u ok. (mengaku senyap2 dalam aty)

Monday, June 7, 2010

gud luck to e-kin

..to norasyikin mat jusoh n anis mohammad sofian..

slmt m'jlnkn tngjwb 4 the next sem
we know both of u can do it
gud luck..

Monday, May 17, 2010

luahan akhir.


kawan


rakan

sahabat


++++
i (ilham) wish all the best in final examination.



Saturday, April 17, 2010

Kisah Saya Dan Awak
www.iLuvislam.com
oleh : eVe


Sedar tidak sedar, sudah 3 tahun saya mengenali awak. Tak pernah saya terfikir peristiwa memalukan saya terjatuh ke dalam longkang membuat hati kita bertaut. Terima kasih kepada Allah kerana mentakdirkan saya terjatuh dan terima kasih juga kerana Allah menggerakkan awak untuk mentertawakan saya. Jika tidak, hubungan kita tidak mungkin sampai sejauh ini. Siapa pernah menyangka peristiwa sekecil itu mampu mengikat hati dua insan. Walaupun saya dan awak masing-masing berjauhan, teknologi benar-benar mengikat kita.

Saya sedar, hari demi hari saya semakin menyenangi kehadiran awak dalam hidup saya. Saya bersyukur atas hubungan ini. Bersyukur kerana kita bukanlah seperti pasangan kekasih lain. Awak tidak pernah mengucap kata rindu, apatah lagi kata sayang. Seingat saya sepanjang 3 tahun ini, tidak sampai 5 kali kita bersua muka. Itupun tatkala awak dan keluarga datang beraya ke rumah saya. Saya juga bersyukur ibu bapa kita saling meredhai persahabatan kita. Hari demi hari, kita semakin matang. Saya semakin mengenali dunia, semakin mendalami ajaran Islam sebenar. Dulu, saya fikir hubungan kita tidak salah. Ya, memang tidak salah dari pandangan mata luar. Namun jujur jauh di sudut hati saya, saya sering merindui awak biarpun tiada siapa antara kita yang pernah melafazkannya. Pernah saya angankan awak menjadi pembimbing keluarga saya kelak. MasyaAllah, begitu jauh saya lalai. Kata-kata seorang teman suatu waktu dulu benar-benar mendorong saya berfikir panjang. “Zina hati sememangnya kelihatan kecil, namun dosanya tetap sama”.

Astaghfirullah…saya beristighfar panjang. Dengan segala kekuatan yang ada, saya katakan kepada awak. “Jangan hubungi saya lagi melainkan awak bersedia mengahwini saya”. Saya sendiri tidak pasti dengan apa yang saya lakukan. Saya sedar awak pasti kebingungan dengan kata-kata saya kerana antara kita sememangnya tiada yang istimewa. Saya juga sedar hakikatnya, awak juga punya perasaan terhadap saya biarpun awak mebisu seribu bahasa. Hubungan kita terputus begitu sahaja. Enam bulan berlalu dengan amat sukar bagi saya. Setiap hari saya berdoa semoga Allah permudahkan segala yang terbaik untuk saya, semoga Allah permudahkan jika apa yang saya lakukan benar-benar keranaNya. Ingin saya katakan, betapa sukar melupakan awak. Dalam kesibukan saya melupakan awak, tiba-tiba saya dikejutkan dengan rombongan peminangan. Andai awak dapat melihat hati saya, pastinya awak tahu betapa terkejutnya saya. Ya, awak tunaikan permintaan saya. Awak datang lagi ke rumah saya, tapi kali ini dengan sebentuk cincin. Sekarang saya sudah sah menjadi permaisuri hidup awak. Sekarang saya bebas merindui awak tanpa rasa berdosa, saya bebas berbicara dengan awak tanpa rasa bersalah dan saya bebas menyayangi awak kerana awaklah pembimbing hidup saya. Terima kasih Allah ikatkan kita dengan tali perkahwinan biarpun pada usia muda remaja.

Terima kasih Allah menghadirkan awak sekali lagi dalam hidup saya....

Saturday, April 10, 2010

sdeynye...

slm, rkan-rkan pk5..

mst bes kn nk g Lanchang 2..
sronknye korg..
g sme2 1 klas..

ak sdey xdpt join korg..
korg mst hepy klo xdek ak kn..
huhu..

xksah pn..
rsenye tuk sem nie ak xb'nsib bek la..
Allah nk uji ak kot..
so, ak kne trime la ujian nie..
hope de hkmah di sebalik sme ni..
ak p'cye pada-Nya..

pade Nani, jge dorg kt sne tau
n spnjg ak xdek klas nie, ak amnhkn Syu tuk jge klas kte ea..
korg sme bgi la skongan kt Syu ea..
sian die, PKU lgi Bendahari lgi..
bnyk tugs die 2..

Waaaaahhhh..ayt ak, ley than r..ley jdi skrip drama nie..
haha..
k kwn2, enjoy urself ya..
find me smeone k like........
hehehe..