Friday, December 3, 2010

PJM3102 - Pergerakan Asas


Assalamualaikum .......................
                  
 Model Bunker dan thorpe (1982)..
Ujian amali merupakan satu cara untuk memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengaplikasikan kemahiran mengendalikan sesuatu permainan kanak-kanak dari pelbagai kategori. Aspek-aspek yang perlu dititikberatkan adalah seperti :

                        i.    Permainan (Game)
-       Peringkat pertama ialah permainan.
-       guru atau jurulatih harus mengetahui bahawa tahap umur pelajar haruslah bersesuaian dengan permainan yang dipilih.
-       sesuatu kemahiran itu akan bertambah seiring dengan pertumbuhan dan perkembangan individu.
-       keluasan kawasan permainan perlu diterangkan kepada pelajar
-       setiap permainan mempunyai saiz keluasan kawasan yang berbeza.
-       saiz keluasan yang tidak berubah walaupun permainan itu dimainkan oleh kanak-kanak atau orang dewasa. ( Contoh: Dalam permainan bola sepak contohnya, saiz keluasan padang tidak sama bagi kanak-kanak bawah 12 tahun berbandingkan orang dewasa. Tetapi dalam permainan badminton saiz keluasannya sama sahaja antara orang dewasa dengan kanak-kanak)


                      ii.    Kefahaman Permainan (Game Understanding)
-       Pelajar perlu mempelajari, mengetahui, memahami dan menghayati undang-undang dan peraturan-peraturan sesuatu permainan. (Contoh dalam permainan badminton. jika net digantungkan terlalu tinggi ia akan mengganggu tumpuan pemain.) 
-       Undang-undang dan peraturan-peraturan yang dipelajari akan dapat membentuk sesuatu permainan.
-       Pelajar perlu mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan sedia ada untuk menghasilkan permainan yang betul dan menarik.
-       Pelajar perlu menghormati undang-undang dan peraturan-peraturan permainan jika tidak ia akan memberi kesan pada pemain serta taktik permainan tersebut.

                     iii.    Kesedaran Taktikal Permainan (Tactical Awarecess)
-       Pemahaman taktikal sesuatu permainan adalah sangat penting kepada semua pelajar.
-       perancangan dalam permainan tidak semestinya dapat dijalankan semasa bermain.
-       taktikal perlu diubah sesuai dengan keperluan semasa

                     iv.    Membuat Keputusan (Decision Making)
- Membuat keputusan terbahagi kepada dua bahagian iaitu apa perlu buat (what to do) dan bagaimana melakukannya (how to do it)

Apa perlu buat (What to do):
-       Dalam menentukan sebarang keputusan situasi semasa mestilah dinilai. 
-       kebolehan menyusun atur dan mengenalpasti sebarang kemungkinan adalah penting. (Contohnya, tidak ada faedah memahami penyerang berhampiran gol dan tidak semestinya memihak kepada pemain tetapi mungkin akan menyebabkan kehilangan penguasaan permainan)   

                                Bagaimanakah melakukannya (How to do):
-       Setelah mengenal pasti apa yang perlu dilakukan dan bagaimanakah ianya boleh diselesaikan, pemilihan kaedah yang sesuai dan melaksanakannya adalah kritikal.
-       Contoh, jika ada peluang yang besar untuk lakukan sesuatu tetapi masa adalah terhad maka tindakbalas yang pantas mestilah dilaksanakan.

                      v.    Pelaksanaan Kemahiran (Skill Execution)
-       Penghasilan sebenar kemahiran adalah kualiti mekanikal yang berkesan.
-       Keberkesanan pergerakan mekanikal dan kepentingannya dengan situasi sesuatu  permainan. (Contoh, seseorang pelajar boleh menghasilkan pertahanan yang cemerlang dalam permainan badminton melalui kebolehan dan kecekapannya menggunakan raket dengan berkesan dari sudut pukulan yang baik).

                     vi.    Persembahan Permainan (Game Performance)
-       Dari segi persembahan yang jitu guru atau jurulatih akan menilai sama ada seseorang pelajar itu merupakan pemain yang baik atau tidak untuk peringkat sekolah atau yang lebih tinggi.
-       Ia juga menjadi pengukur terhadap kesesuaian tindakan dan keberkesanan sesuatu teknik permainan.


Thursday, December 2, 2010

Tarian poco-poco??

Dipanjangkan......

Salam...
Saya ingin berkongsi tentang sesuatu
yang menjengah fikiran saya terutama kpd warga IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka..
Saya sendiri pernah mengikuti tarian ini apatah lagi sebagai biro sukan dan rekreasi di negeri mlaka mmg terkenal dgn tarian ini. (Tarian Poco-poco)
Secara jujurnya saya tidak pernah
tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini.
Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat membuatkan rasa tersentak.
Mari sama-sama ikuti

"Assalammualaikum.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya.
Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang
sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya
masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2
kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari
Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka
menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja
bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin kita x perasan
kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa.
Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu
apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama
maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga
yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma
tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi.
Marilah kita sama2 fikirkan."

Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan
dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan
seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua.
Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil
inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata
mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan
daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci
tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat
islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak
berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.
WALLAHUALAM...

nukilan dari ;
                                                                                                                                   :: (~_~) qhasehdinda ::

Wednesday, November 24, 2010

tidur-tidur yang perlu dikejutkan


salam 1 Malaysia

Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:
seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:
 خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله
“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

Kedua:
Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

Ketiga:
 Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.Rasulullah saw bersabda:

من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة

“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh). (Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat:
Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.
Nabi saw bersabda:
 إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم
 “Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.” (Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

Kelima:
Tidur waktu subuh.
Nabi saw bersabda:
الصبحة تمنع الرزق
 “Tidur subuh menegah rezki.” (Hr Ahmad – sanad lemah)
Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:
الأرزاق تقسم وأنت نائم
“Rezeki dibahagi2kan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:
 Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:
كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها
“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembangsembang selepasnya.” (Hr Bukhari - sahih)

Ketujuh:
Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه
" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan:
Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

Kesembilan:
Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:
Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Kesebelas:
Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.
Nabi saw bersabda:
رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامتمن الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء
“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya. (Hr Abu Daud 1308 – perwai2nya thiqah)

Ke dua belas:
 Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:
إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم
“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.” (Hr Muslim)
Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir

Tuesday, November 23, 2010

| hari raya kami |





 salam n selamat sejahtera..

lama suda pk5 tidak mengupdatekan diri mereka kan..banyak events yang terlepas yang tidak sempat dikongsikan bersama di sini..di kesempatan waktu cuti ini, kami tidak lah terlalu sibuk dengan tuntutan dunia sebagai pelajar, pelatih n what so eva, jadi bolehlah kami mengpostkan segala kenangan yang telah dilalui bersama walaupun sudah ditelan masa tetapi masih tersemat di lubuk hati kami yang paling dalam..sumthings action speak louder than words..n here, we just wanna share some pictas dats can tell all of you bout our hapiness..enjoy ya ~~~


dalam van ayah, group 1 otw gi uma tn.Syed Hassan untuk menjamu selera..berbuka puasa n berhari raye juga..excited maa..semua lawa2..tema ialah not matching..
ni pula masa jamuan under IPG..with En.Azman Kanil, ketua unit gerko..tema kuning n merah..we can see dak2 skema yang sangat beria nak ikut tema bagai kan kan kan..

b4 jamuan raya IPG tu, dengau ceramah raya dulu tapi kami sibuk posing sana sini dalam dewan ni..dasar Pk5 crews kan..mana2 je sure nak bergambo sakan kan..nasib semua 3C (comel cun cantik) =p

ini adalah Jaa n Emy.. s/u n PA Pn.Radin tok sem 2 ni..whos next?? oho

berkumpul kat pagar blok B b4 nak gi beraya di uma lec itu..melaram abes..perut semua dikosongkan untuk dipenuhi dengan makanan di kediaman tuan itu nanti..wife beliau masak hingga menjilat jari kaki okay..

ini 2nd group dalam van Pakcik Razak..perlu naik 2 buah van sebab jumlah anggota kelas sangat ramai n semuanye beria nak pergi..siap hentak2 kaki lagi bila di announce ada yang tak boleh pergi..haha..so childish

kawan baik..4 dara pingitan..Jaa, Emy, Ramizah n Fiza..muka2 berpose enam yang menunggu waktu berbuka..

sebab tak masuk waktu berbuka lagi, kami pose sampai muak dulu ok..see..sangat giler kamera ya pk5 ni..sayanglah..

anak2 dara Tn.Syed..sibuk memberikan layanan terbaek buat kami..sangat tacing..terharu..rindu suda tau..

kalau dah digelar apa crew tu memag kan mana2 je boleh gosip kan..cetcotpetpot sana sini..am sibuk lapar mintak disuap ok..manja ini budak..terlebih kasih sayang..

itu budak sangat gumbira bila lihat banyak makanan n waktu berbuka sudah hampir tiba..poyos..

sesi menonton drama king beserta perbincangan perihal pertunangan yang akan dilangsungkan tidak lama lagi..

muka2 excited nak makan..wani comei..

dat pic again..

di pondok guard menantikan van2 untuk membawa kami pergi..1 2 3 cheese

ops!! nafas berbau lah..al maklum la pose..lupe gosok gigi tadi..sian yan..yang len sibuk wat iklan colgate..gigi kami sihat dan kuat..

cepatlah masuk waktu berbuka..tak tahan dah ni..terliur liur..

penantian 1 penyeksaan okay...

pabila azan maghrib berkumandang, semua melantak ta hingat ok..bertambah2 sampai 5 round..ternyata lauk pauk sangat menyelerakan usus kami..tima kasih cikgu kerna mengenyangkan perut kami..touched..

bila dah kenyang nak senyum pun susah..hehe

makan lagi..dasar perut besau..u can see da lipatan2 itu ok..haha..kantoi

inilah Tn. Syed yang sangat baik hati yang memberikan kami makan tak hingat bagai tu..rasa macam mau tapau je tau..bakal jer silusegan meimei..

kepenatan akibat menhunyah..ngee~~

meka anak JOHO!! tiap2 minggu balik..yan memang sengal..sonia poyos.. hehe





alamak..da abes la..sekian sahaja persembahan dari kami untuk kali ini..wait 4 da next entry ya..harap anda semua terhibur..nantikan kemunculan pictas yang lain..PK5 is da bestest in da world =))))))

Tuesday, November 2, 2010

sdey...

kwn2, ari nie purse mk ak kne curi..
kes kecurian y ke 2 b'laku dlm keluarge ak..
dua-dua kecurian berlaku selepas kepergian ayahanda tercinta..
kwn2 tau x sbbnye..?
ak sdey la..
saat2 mk ak sush, ak jauh drpde mk ak..
Ape y ak mmpu?, ak mmpu doakn dri jauh j agr pencuri 2 terbuka hati die tuk pulg blik...
tpi mk ak bek sgt...
die kte die xmrh pun kt pencuri 2...

kakak: gramnye akak ma..kt umah ank yatim pun nk m'curi kn..xdek org len da, bdak2 c2 j y amiknye..
ma: xbek la tuduh2 org kakak...ma xrse mrah pun..xtau nape..mngkin arwah ade kot tngkan ma, cuma ma terkilan 2 bende j la..
kakak: pe ma?
ma: gambo aboh ngan no. akaun kakak la..
kakak:(dlm ati da mngis, tpi thn j la)..xpe ma, nnt kte cuci len ea..ala, no akaun kakak 2, nnt akak bley bgi blik..lgipun kt dlm buku akaun kn de...

aku t'haru sgt mak ak t'kilan sbb gmbar arwah ayah ak ilang, 
tpi lgi t'haru sbb die kte no akaun ak ilang..
die kte sush nnt nk msuk duit kt akak...
mulianye ati seorang ibu...



ak bru j nk gtau y ak xley jwb soklan exam tdi...
sush sgt, tpi ak xsngup nk bebankan maslh ak kt die..
bnyk lgi mslh y die kne tanggung..
so, ak smpn j la dlu y 2...


Sunday, October 24, 2010

Menghidupkan Kembali Blog Kita

Assalamualaikum w. b. t

Sekian lama blog kelas PK 5 menyepi diri. Tak-tak, bukan blog yang menyepi sebaliknya ahli-ahlinya yang terlalu sibuk dengan urusan masing-masing sehingga lupa akan wujudnya satu laman khas untuk ahli-ahlinya ini. Tapi tidak ada sesiapa harus dipersalahkan kerana memang tak dapat dinafikan lagi, kesibukan yang melanda kita semua pada semester ini (bahkan setiap semester) memang tidak memberi kita masa untuk menziarahi blog ini. 

Di kesempatan ini, tidak banyak yang ingin aku perkatakan cuma sekadar mahu memastikan blog kelas kita sentiasa di 'update' kan serta menunjukkan ia masih hidup sepertimana kita semua yang masih mempunyai semangat setiakawan yang kukuh.



Setelah hampir 2 tahun setengah kita berada di IPG ini, bersama sebagai satu unit, kumpulan dan saudara se-Islam, semestinya hubungan kita semua makin hari makin rapat ya. Bukan sekadar rapat, tetapi bagi aku tempoh ini sudah agak banyak mengajar kita semua akan sikap-sikap setiap ahli unit kita. Semakin hari semakin kita mengenali dengan lebih mendalam antara satu sama lain. Kalau dulu-dulu semasa semester satu  kita masuk, semuanya menunjukkan sikap yang baik. Semester dua, mula menampakkan sikap masing-masing dan berterusan sehingga ke semester tiga. Masuk ke semester satu tahun ini, macam-macam hal terjadi. Tapi aku lihat, semester ini (semester 2) keadaan semakin baik. Maksud aku, kita semua sudah semakin matang. Kita tahu yang itu bersikap begitu, maka kita cuba bersungguh-sungguh untuk mengikuti caranya. Dan kita cuba menjadi diri sendiri  dengan cara yang betul. Alhamdulillah. Bagi aku, ini semester terbaik bagi kita semua setakat ini dan aku berharap selepas ini ia akan semakin baik, dengan izin Allah.



Seterusnya. Peperiksaan kita pun dah hampir, dalam satu minggu saja lagi tapi aku sendiri belum buka buku sebenarnya (aku memang study last minit, result pun last minit gak). Takut memang ada, tapi kemalasan tu menguasai diri. Namun aku yakin dah ada yang mula study, seperti Mira yang aku tahu memang rajin. Yang lain -lain aku tak tahu sebab aku tak tanya. Sorry :)
Bersempena dengan peperiksaan kali ini, aku ingin mengucapkan semoga berjaya kepada semua sahabat-sahabat PK5 dan berusahalah sehabis mungkin. Kerana kita semua adalah bakal-bakal guru yang hebat-hebat belaka. 

Banyak benda lagi aku nak tulis tapi kalau tulis banyak-banyak orang bosan nak baca kan. Jadi setakat ni lah dulu ok. Aku akan cuba merajinkan diri untuk meng'update' blog ini  dan aku mengharapkan sahabat-sahabat lain juga begitu. Paling -paling pun, kalau tak sempat nak tulis apa-apa, baca pun dah cukup baik. Jika ada apa-apa kemusykilan atau perkara hendak dihebahkan dan sebagainya, bolehlah 'post' di group PISMP Pendidikan Khas 5 Jan 2010 di facebook ok. Sekian untuk kali ini. 

p/s: 2 jer gambar yang dapat di 'upload' dan pemilihan pun rawak sebab masalah teknikal. Harap maaf kalau tak puas hati. :) 

Posted by : Admin Group PISMP Pendidikan Khas 5 Jan 2010

Sunday, October 17, 2010

latest~

kawan2... sgt lame xupdate blog kite...so ak pon tuko la pe yg ptt such as background n lagu yg xley gne da... jgn mrh yep... hope korang pon rajin2 la updatekan blog yg da bswang neh...

skrg da sem 2... nak abis sem da pon... macam2 kite lalui such as da abis ujian amali... n asemen...hehehe..sok ade pameran lb..sure akn masokkn gmbo lam blog neh... n nxt will come melaka jaya at stadium hang jebat.. mst korang xsbo kan.. ikot tema oke... baju wane purple, merah n oren... hikhik..  kite amik gmbo bnyk3 ye..hehehe... then kite ad perancangan mau ke indonesia..hpe sme bjalan lancar... hikhik...nxt sem sme kne gmat2 oke... kne ad almost half thousand..hakhak... xsbo ngn bgmbira ngan korang sme..smga evrything is fine... 

oke la 2 jep stakat neh..nie ar kite sme spnjang sem nie:)

                                             pas abis klas pj kite bergumbire:)
                                                       turn kawen kite oke:)
                                                            makan3..jamuan ari raye:)
                                                                     sweet memory:)
                                                                      berbuke bersme3:)

p/s: korang always da bes lorh... n we will t...snap3 more gmbo 4 da nxt oke...glad to meet you olls:) ilyolls:...
dearest:waninawi