Assalamualaikum w. b. t
Sekian lama blog kelas PK 5 menyepi diri. Tak-tak, bukan blog yang menyepi sebaliknya ahli-ahlinya yang terlalu sibuk dengan urusan masing-masing sehingga lupa akan wujudnya satu laman khas untuk ahli-ahlinya ini. Tapi tidak ada sesiapa harus dipersalahkan kerana memang tak dapat dinafikan lagi, kesibukan yang melanda kita semua pada semester ini (bahkan setiap semester) memang tidak memberi kita masa untuk menziarahi blog ini.
Di kesempatan ini, tidak banyak yang ingin aku perkatakan cuma sekadar mahu memastikan blog kelas kita sentiasa di 'update' kan serta menunjukkan ia masih hidup sepertimana kita semua yang masih mempunyai semangat setiakawan yang kukuh.
Setelah hampir 2 tahun setengah kita berada di IPG ini, bersama sebagai satu unit, kumpulan dan saudara se-Islam, semestinya hubungan kita semua makin hari makin rapat ya. Bukan sekadar rapat, tetapi bagi aku tempoh ini sudah agak banyak mengajar kita semua akan sikap-sikap setiap ahli unit kita. Semakin hari semakin kita mengenali dengan lebih mendalam antara satu sama lain. Kalau dulu-dulu semasa semester satu kita masuk, semuanya menunjukkan sikap yang baik. Semester dua, mula menampakkan sikap masing-masing dan berterusan sehingga ke semester tiga. Masuk ke semester satu tahun ini, macam-macam hal terjadi. Tapi aku lihat, semester ini (semester 2) keadaan semakin baik. Maksud aku, kita semua sudah semakin matang. Kita tahu yang itu bersikap begitu, maka kita cuba bersungguh-sungguh untuk mengikuti caranya. Dan kita cuba menjadi diri sendiri dengan cara yang betul. Alhamdulillah. Bagi aku, ini semester terbaik bagi kita semua setakat ini dan aku berharap selepas ini ia akan semakin baik, dengan izin Allah.
Seterusnya. Peperiksaan kita pun dah hampir, dalam satu minggu saja lagi tapi aku sendiri belum buka buku sebenarnya (aku memang study last minit, result pun last minit gak). Takut memang ada, tapi kemalasan tu menguasai diri. Namun aku yakin dah ada yang mula study, seperti Mira yang aku tahu memang rajin. Yang lain -lain aku tak tahu sebab aku tak tanya. Sorry :)
Bersempena dengan peperiksaan kali ini, aku ingin mengucapkan semoga berjaya kepada semua sahabat-sahabat PK5 dan berusahalah sehabis mungkin. Kerana kita semua adalah bakal-bakal guru yang hebat-hebat belaka.
Banyak benda lagi aku nak tulis tapi kalau tulis banyak-banyak orang bosan nak baca kan. Jadi setakat ni lah dulu ok. Aku akan cuba merajinkan diri untuk meng'update' blog ini dan aku mengharapkan sahabat-sahabat lain juga begitu. Paling -paling pun, kalau tak sempat nak tulis apa-apa, baca pun dah cukup baik. Jika ada apa-apa kemusykilan atau perkara hendak dihebahkan dan sebagainya, bolehlah 'post' di group PISMP Pendidikan Khas 5 Jan 2010 di facebook ok. Sekian untuk kali ini.
p/s: 2 jer gambar yang dapat di 'upload' dan pemilihan pun rawak sebab masalah teknikal. Harap maaf kalau tak puas hati. :)
Posted by : Admin Group PISMP Pendidikan Khas 5 Jan 2010