Tuesday, December 28, 2010

amali sensorang tapi by group

Salam

ni last nak update pasal pj dan amali. kali ni amali yang sensorang punya tapi by group. maksudnya kat sini kita plan tok 20 stesen apa yang nak buat tapi nanti amali demo sorang2 la..markah pun individu. kumpulan dibahagikan kepada empat iaitu :

tali
belantan
bola
gelung

20 stesen mengandungi 10 pergerakan lokomotor dan 10 pergerakan bukan lokomotor. kesemua pergerakan ini bebas dicipta mengikut kreativiti dan tahap kemampuan masing2. tiada limit masa dan kesemua pergerakan mestilah mempunyai kesinambungan antara satu sama lain di susuli dengan nilai etika yang terkandung. just picta group after amali ok.

bebudak gelung yang comel

bebudak belantan yang lincah

bebudak bola yang sopan

bebudak tali yang slumber


kamilah bintang. kamilah ahli gimnas negara. time kasih Malaysia

melepaskan keluhan dan kelegaan
sekian

Monday, December 20, 2010

nota pengurusan tingkah laku

Pengenalan
Definisi dan konsep pengurusan tingkah laku
Pada umumnya hasil kajian saintifik pengurusan tingkah laku mencadangkan bahawa;
Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. Ini bermakna tingkah laku baru atau alternatif boleh dipelajari pada bila-bila masa.
“ Tingkah laku yang negatif seperti agresif, suka merosakkan harta benda boleh diubah kepada tingkah laku baru yang lebih positf jika individu itu diberi intervensi yang dirancang dengan teliti, iaitu sesuai dan sistematik.”
“Pengurusan tingkah laku adalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secara analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku sosial yang positif bagi seorang individu”
(Bear, Wolf and Risley, 1968)
“Tingkah laku adalah berbagai ragam dan berbagai laku.”
(Kamus Dewan, 1979)
Manakala modifikasi atau pengubahsuaian pula adalah satu pendekatan berstruktur dan bersistematik bagi meningkatkan tingkah laku diingini, mengurangkan tingkah laku yang buruk, dan mengekalkan tingkah laku sasaran. Pendekatan ini banyak mengamalkan peneguhan bagi mencapai matlamat pengubahsuaian tingkah laku diingini.
Konsep asas pengurusan tingkah laku meliputi perkara-perkara berikut;
perancangan yang rapi
tentukan individu atau kumpulan
teknik intervensi yang berkesan
penilaian secara objektif
Beberapa perkara perlu diambil kira dengan teliti tentang murid pemulihan sebelum program pengurusan tingkah laku dilaksanakan, iaitu;
setiap murid adalah unik
tiada satu cara yang berkesan dalam semua keadaan bagi semua murid
proses intervensi akan dihadkan kecuali ianya berkaitan dengan keperluan dan kehendak murid (aspek kognitif, afektif, dan psikomotor murid saling berkait).
Pengurusan tingkah laku adalah satu pendekatan intervensi aktif, di mana pelaksana:
i. memerhati, mengukur dan menilai corak perlakuan semasa;
ii. kenal pasti antecedent dan consequences persekitaran;
iii. tentukan objektif tingkah laku baru; dan
iv. bentuk pembelajaran tingkah laku baru atau baiki tingkah laku semasa melalui manipulasi antecedent dan consequences yang telah dikenal pasti.
Zirpoli &Melloy (1993)
2.1.2 Perspektif sejarah
Pada peringkat awal para pengkaji berpendapat bahawa tingkah laku individu itu adalah disebabkan oleh kuasa dalaman seperti genetik, kandungan kimia dalam badan, dan pengalaman singkat tentang sesuatu yang menyebabkan individu berkelakuan demikkian.
Bermula dari tahun 1920-an, kajian-kajian berkaitan tingkah laku menunjukkan faktor-faktor luaran atau persekitaran yang berlaku sebelum atau selepas sesuatu peristiwa akan merangsang sesorang individu mempamerkan sesuatu tingkah laku yang khusus. Umumnya hasil kajian tingkah laku menunjukan bahawa:
”Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. Ini bermakna tingkah laku baru oleh dipelajari sepanjang masa.”
”Tingkah laku yang tidak sesuai seperti agresif atau tingkah laku suka merosakkan harta benda boleh di diubah kepada tingkah laku baru jika individu itu diberi pengajaran.”
Menurut Hewett & Forness (1984) dalam Walker & Shea (1995) tingkah laku seseorang itu, sama ada terhadap dirinya dan juga orang lain adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut:
i. Keperluan dan kehendak untuk bertahan (survival) dalam persekitaran yang kasar dan kurang mesra.
ii. Kepercayaan kepada khurafat / tahyul, atau keperluan untuk bertindak balas terhadap sesuatu yang tidak diketahui.
iii. Kepercayaan kepada sains, atau keperluan untuk menyiasat, menganalisis, dan menjelaskan sesuatu yang tidak diketahui.
iv. Perkhidmatan, atau keperluan membantu, membimbing, mengawal, dan mensejahterakan kehidupan mereka yang kurang bernasib baik.
2.1.3 Model pengurusan tingkah laku
i. Psikodinamik
Teori-teori psikodinamik melihat punca tingkah laku manusia daripada faktor dalaman individu itu sendiri. Tingkah laku ditentukan secara dinamik melalui pendekatan intrapsychic. Melalui perspektif psikodinamik, perkembangan personailiti terjadi semasa kanak-kanak berkembang melalui siri tingkat perkembangan psikoseksual (oral stage, anal stage, phallic, latency, genital).


ii. Biofizikal
Model ini menekankan bahawa punca tingkah laku adalah secara organik. Model ini melihat hubungan antara kecacatan fizikal, kekurangan zat makanan, dan penyakit dengan tingkah laku individu.
iii. Persekitaran
Pengaruh persekitaran terhadap tingkah laku manusia pada masa kini sangat ketara. Ahli-ahli mazhab persekitaran ini menekankan bahawa mengasingkan kanak-kanak daripada persekitaran yang boleh menyebabkan berlakunya tingkah laku itu boleh mengelakkan fenomena tingkah laku itu berlaku.
iv. Behavioral
Punca tingkah laku manusia berlaku di luar diri manusia di dalam persekitarannya. Justeru tingkah laku manusia ditentukan oleh faktor-faktor luaran di sekelilingya.
2.2.1 Jenis-jenis tingkah laku bermasalah
Secara umumnya, tingkah laku bermasalah dapat dikategorikan kepada tingkah laku bermasalah dan tingkah laku bermasalah negatif.
• Tingkah laku bermasalah positif
Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukan secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalah kepadanya.
Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang kanak-kanak boleh menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain.
• Tingkah laku bermasalah negatif
Tingkah laku bermasalah negatif adalah jelas iaitu tingkah laku yang menimbulkan masalah kepada dirinya dan juga orang lain.
Beberap contoh tingkah laku bermasalah negatif adalah seperti berikut:
i. disruptif
Perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di rumah.
ii. Pergantungan berlebihan
Kanak-kanak yang sangat bergantung kepada orang lain, tidak dapat berdikari, dan tidak berupaya membuat keputusan sendiri.
iii. Agresif
Tingkah laku agesif adalah seperti suka memulakan pergaduhan, suka bergaduh, suka memaki hamun dan sebagainya.
iv. Distruktif
Perlakuan yang suka merosakkan benda seperti kerusi meja, barangan kawan sekelas, mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya.
v. Kebimbangan
Perasaan kurang senang atau takut akibat anggapan bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Keadaan ini akibat daripada pengalaman emosi yang tidak menggembirakan yang dialami oleh seseorang .
vi. Pengasingan diri
Suka menjauhkan diri daripada orang lain yangh kurang disenangi. Tingkah laku ini juga dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain.
vii. Ponteng sekolah
Perlakuan yang sengaja dibuat iaitu tidak hadir ke sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa dengan membuang masa di tempat lain seperti pusat membeli belah atau taman permainan.
viii. Enggan ke sekolah
Enggan ke sekolah akibat daripada perasaan fobia terhadap sekolah. Kanak-kanak ini berasa bimbang untuk berpisah dengan keluarga dan bimbang meninggalkan kawasan rumahnya.
ix. Mencuri
Mengambil hak orang lain tanpa kebenaran tuannya. Tabiat mencuri barang rakan sekelas akan menyebabkan pertengkaran, pergaduhan, dan dipulaukan oleh rakan sekelas.
2.2.2 Punca salah laku
Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berpunca daripada faktor-faktor tertentu. Guru perlu memahami faktor-faktor yang menjadi punca masalah tingkah laku muridnya supaya menjadi panduan dalam merangka program pengurusan tingkah laku bagi murid tersebut. Roger Stancliffe (tidak bertarikh) telah menyenaraikan 9 faktor yang dikaitkan dengan masalah tingkah laku kanak-kanak.
i. persekitaran
ii. tekanan psikologikal
iii. ketakutan dan fobia
iv. peneguhan yang kurang sesuai
v. kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad
vi. kesukaran tugasan
vii. aktiviti dan tahap rangsangan
viii. kesihatan dan perubatan
ix. jangkaan tingkah laku
Faktor persekitaran
Sesetengah kanak-kanak sangat sensitif terhadap persekitaran seperti bunyi bising, sejuk, panas, dan lain-lain. Perubahan tingkah laku akan ditunjukkan terutamanya bagi kanak-kanak yang mengalami kecacatan teruk, autisme, dll.
Tekanan psikologi
Individu yang mengalami masalah tingkah laku obsesif dan tingkah laku yang sudah menjadi tabiatnya akan berasa senang dengan tingkah laku tersebut. Mereka akan berasa tertekan apabila kebiasaan tingkah laku itu diganggu atau dihalang.
Ketakutan dan fobia
Fobia adalah ketakutan yang keterlaluan terhadap sesuatu. Fobia termasuk juga takut tehadap sesuatu yang berbahaya seperti ular atau ketinggian tetapi melebihi tahap bahaya sebenar perkara tersebut. Ketakutan ini akan menyebabkan bahaya seperti berlari melintasi jalan raya kerana takutkan anjing.
Peneguhan yang kurang sesuai
Tingkah laku bermasalah ada kalanya dikukuhkan secara tidak sengaja. Tindak balas semula jadi kita secara serta merta terhadap tingkah laku tertentu ada kalanya menjadikan tingkah laku itu lebih teruk. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang enggan makan ubat akan dipujuk serta dijanjikan dengan beberapa ganjaran oleh ibu dan bapanya. Oleh itu, kanak-kanak itu akan sengaja enggan makan ubat kerana mahukan perhatian daripada ibu bapanya.
Kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad
Terdapat bukti yang jelas menunjukkan bahawa kadar tingkah laku bermasalah yang tinggi di kalangan kanak-kanak yang kurang berkomunikasi berbanding kanak-kanak yang boleh berkomunikasi denan baik.
Kesukaran tugasan
Kesukaran tugasan boleh menyebabkan kanak-kanak melakukan kesilapan dan mengalami kegagalan. Keadaan kekecewaan ini berkait rapat dengan masalah tingkah laku yang mereka tunjukkan.
Aktiviti dan tahap rangsangan
Kekurangan aktiiviti yang membina akan menyebabkan berlakuknya masalah tingkah laku. Sebagai contoh, guru bukan hanya setakat memberi mainan atau buku kepada muridnya tetapi perlu mengajar murid tersebut kemahiran yang perlu untuk melakukan aktiviti tersebut.


Kesihatan dan perubatan
Kesakitan atau keadaan tertekan yang berkaitan dengan keadaan kesihatan tertentu boleh menyebabkan rasa kurang selesa dan boleh menyebabkannya berkelakuan kurang sesuai.
Jangkaan tingkah laku
Ada kalanya ibu bapa atau guru menjadi letih dengan tingkah laku kanak-kanak-kanak dan membiarkannya. Jangkaan terhadap tingkah laku kanak-kanak tersebut adalah rendah daripada yang sepatutnya. Sebenarnya mereka ini terperangkap dengan anggapan bahawa itulah sifat kanak-kanak tersebut dan tidak boleh diubah lagi (the way he/she is).
2.2.3 Kesan-kesan salah laku terhadap pembelajaran
Kesan masalah tingkah laku terhadap pembelajaran adalah jelas, antaranya adalah:
i. murid tidak memberi tumpuan terhadap pengajaran guru
ii. mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran
iii. sukar memahami pengajaran guru
iv. gagal menyiapkan tugasan yang diberi
v. enggan bekerjasama dengan rakan dalam aktiviti berkumpulan

Prinsip-prinsip asas mengurus tingkah laku
Mengurus tingkah laku memerlukan kemahiran guru yang khusus dalam bidang tersebut. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah prinsip peneguhan, jenis pemerhatian, dan prinsip pengurusan tingkah laku.
2.3.1 prinsip peneguhan
Peneguhan sangat penting untuk mengekal, meningkat, atau mengurangkan tingkah laku. Dalam membuat peneguhan, peneguh (ganjaran) yang diberi hendaklah sesuai dan berkesan.
Peneguh merupakan sesuatu objek atau situasi yg dapat meneguhkan / mengekalkan tindak balas atau kelakuan pada masa kini atau memungkinkan peningkatan perlakiuan pada masa akan datang. Peneguh yang diberi mestilah sesuatu yang disukai oleh murid.
Jenis-jenis peneguh :
i. tangible - makanan /minuman (edible)
- barangan seperti mainan dan permainan (non- edible)
ii. sensory - sentuhan (tactile), penggetar (vibratory) , wangian (olfactory), visual, auditory
iii. sosial - pujian, senyum, beri perhatian, kontak mata, tepukan, sentuhan, pelukan
iv. aktiviti - lawatan, ambil bahagian, mewarna, menonton televisyen, dll
• Jadual peneguhan
Peneguhan boleh diberi kepada murid mengikut adual berikut:
i. ‘Contigent’ – diberi setiap kali tingkah laku yang diingini (tingkah laku sasaran) ditunjukkan untuk mengekalkan tingkah laku tersebut
ii. ‘Continuous’ – diberikan kepada setiap tindak balas yang murid berikan.
Kebiasaannya pada awal program untuk membentuk/melatih perlakuan baru
iii. ‘Intermitten’ – diberi secara berkala tanpa dijangka, bukan kepada setiap perlakuan berlaku.
iv. Penjadualan nisbah (ratio schedules)
a. ‘Fixed ratio’ - penjadualan tetap nisbah perlakuan (bilangan)
b.’ Variable ratio’ – bilangan perlakuan yang berbeza dalam tempoh tertentu (masa)
c.’ Fixed interval’ – penentuan jangka masa yang tetap (setiap 10 min)
d. ‘Variable interval’ – penentuan jangka masa yang tidak tetap (9,4,9,15,13 min)
2.3.2 Jenis-jenis pemerhatian
2.3.3 Prinsip pengurusan tingkah laku
Dalam melaksanakan program tingkah laku, guru perlu memahami prinsip-prinsip pengurusan tingkah laku berikut:
semua tingkah laku dipelajari
semua tingkah laku adalah dirangsang secara khusus
tingkah laku boleh diajar dan diubah
matlamat perlu jelas dan khusus
program perlu secara individu
program perlu fokus masa kini (semasa)
program perlu fokus pada persekitaran kanak-kanak
Langkah-langkah dalam proses perubahan tingkah laku
Proses perubahan tingkah laku perlu dilakukan mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan.
2.4. 1 Memilih tingkah laku sasaran
Tingkah laku sasaran adalah tingkah laku yang telah dipilih untuk diberi keutamaan dalam proses perubahan.
Panduan memilih tingkah laku sasaran:
i. Pilih hanya satu tingkah laku sasaran pada satu-satu masa.
• Masalah yang membahayakan diri dan orang lain
• Masalah yang boleh mengganggu pembelajarannya dan murid lain
• Masalah yang membahayakan keselamatan diri dan murid lain
• Masalah yang tidak sesuai dengan umurnya
• Masalah yang terlalu kerap berlaku
• Masalah yang terjadi akibat kurang mahir dalam bidang-bidang tertentu
• Masalah yang menyebabkan murid lain menjauhkan diri daripada berinteraksi dengannya
(Zirpoli & Mellow, 2001)
ii. Analisis tingkah laku sasaran berdasarkan:
• Jenis tingkah laku
• Kekerapan berlaku
• Jangka masa berlaku
• Tahap keterukan
• Jumlah keseluruhan tingkah laku
iii. Pertimbangkan kemungkinan arah perubahan sama ada meningkat atau mengurang.
iv. Pastikan tingkah laku dapat dibuat pemerhatian.
v. Pastikan tingkah laku dapat diukur perlakuannya.
vi. Nyatakan tingkah laku sasaran dengan jelas dan khusus sama ada secara lisan atau bertulis.
2.4.2 Mengumpul dan merekod data
Sebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku, guru perlu mengumpul maklumat tentang tingkah laku yang hendak diubah. Maklumat atau data yang terkumpul dikenali sebagai ’baseline data’.
Tujuan mengumpul data:
i. Mengetahui jumlah tingkah laku tersebut dalam sehari.
ii. Mengetahui waktu tingkah laku paling banyak berlaku.
iii. Mengetahui sama ada tingkah laku ini mempunyai corak / bentuk tertentu.
iv. Mengetahui sebab-sebab berlaku keadaan tersebut.
Maklumat mengenai tingkah laku diperolehi melalui pemerhatian dan maklumat direkod melalui teknik-teknik berikut:
• Rekod naratif
• Rekod anekdot
• Rekod naratif Berterusan
• Rekod kejadian (Event recording)
• Rekod kekerapan
• Rekod jangka masa (Duration)
• Rekod had masa (Interval)
• Rekod sampel masa
2.4.3 Melaksana intervensi
Setelah guru mengumpul segala maklumat (baseline data) tentang tingkah laku muridnya, barulah guru dapat melaksanakan program intervensi untuk mengurus tingkah laku tersebut. Sebelum sesuatu tingkah laku dapat diurus, beberapa perkara perlu diberil perhatian dahulu, iaitu:
i. Apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati?
ii. Tingkah laku yang mana satu harus diberi keutamaan?
iii. Bila tingkah laku itu berlaku?
iv. Kekerapan tingkah laku itu berlaku.
v. Apakah punca/sebab tingkah laku itu berlaku?
vi. Bagaimana hendak mengurus tingkah laku tersebut?
Baseline data yang diperolehi hendaklah diteliti untuk melihat ciri-ciri, keterukan, dan corak tingkah laku itu itu berlaku. Dari sinilah guru dapat merancang intervensi yang hendak dilaksanakan. Progam intervensi dilaksanakan dengan menggunakan strategi untuk meningkatkan atau mengurangkan tingkah laku yang dibincangkan dalam tajuk berikutnya.
Program intervensi dijalankan dalam tiga fasa, iaitu:
i. Fasa pra intervensi
ii. Fasa intervensi
iii. Fasa selepas intervensi
Fasa pra intervensi
Dikenali sebagai ”baseline period”, iaitu guru akan mengumpul semua maklumat tentang tingkah laku murid melalui pemerhatian tanpa sebarang inbtervensi . Rekod baseline data ini akan djadikan perbandingan dengan rekod baseline data selepas intervensi.
Fasa intervensi
Setelah guru berpuas hati dengan data yang diperolehi dalam tempoh fasa pra intervensi, guru boleh memulakan program intervensi yang dirancangkan. Sepanjang tempoh program intervensi ini tingkah laku tersebut akan diperhati dan direkodkan (seperti dalam fasa pra intervensi terdahulu) ke dalam geraf bahagian fasa intervensi. Dicadangkan fasa intervensi ini dijalankan sekiurangh-kurangnya selama dua minggu.
Fasa selepas intervensi
Dalam fasa ini tingkah laku murid akan dinilai untuk menentukan tingkah laku yang dipelajari dalam tempoh intervensi dapat dikekalkan. Tingkah laku murid akan terus diperhati dan direkodkan ke dalam bahagian geraf fasa selepas intervensi.
2.4.4 Menilai keberkesanan intervensi
Intervensi yang dilaksanakan perlu direkod dan ditunjukkan melalui geraf sama seperti rekod baseline data. Selepas program intervensi dijalankan pemerhatian akan dilakukan sekali lagi untuk mendapatkan baseline data yang kedua. Gambaran rekod penilaian intervensi adalah seperti berikut.

Baseline data 2 merupakan pemerhatian susulan selepas program intervensi dilaksanakan. Sekiranya tidak ada perubahan tingkah laku yang diingini ditunjukkan oleh murid, maka guru boleh melaksanakan intervensi susulan setetrusnya dengan mencuba strategi dan teknik pengubahsuaian tingkah laku yang lain.
Strategi dan prosedur pengurusan tingkah laku
2.5.1 Meningkatkan
Tingkah Laku
• Peneguhan positif
• Peneguhan negatif
• Pembentukan (shaping)
• Kontrak
• Ekonomi token
• Modeling
• Rantaian (chaining)
• Pengaburan/pelunturan (fading)
2.5.2 Mengurangkan
Tingkah Laku
• Penghapusan (extinction)
• ’time-out’
• Kejemuan (satiation)
• Hukuman/dendaan
• disensitisasi
• ’overcorrection’
• ’Response cost”
2.5.3 Strategi pengurusan
tingkah laku mengikut
model
• biofizikal
• psikodinamik
• behavioral
• persekitaran

2.6 ISU DAN ETIKA
2.6.0 Pengenalan
Dalam melaksanakan program pengurusan tingkah laku kita mestilah sentiasa ingat bahawa tindakan yang diambil tidak melanggar etika dan hak asasi kanak-kanak.
2.6.1 Hak asasi kanak-kanak
Allen (1969) dalam Walker & Shea (1995) telah menggariskan tiga prinsip sebagai panduan:
i. Normalisasi
Prinsip ini memberi peluang kepada mereka yang berkeperluan khas merasa kehadiran mereka hampir senormal mungkin. Perkara yang perlu diberikan perhatian:
• Persekitaran sebenar kanak-kanak.
• Persamaan dan perbezaan di kalangan berbagai kumpulan dalam masyarakat.
• Pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan, keperluan, kehendak, kekuatan, dan ketidak upayaan.
ii. Keadilan
Prinsip keadilan berlandaskan ’due process’ yang mengkehendaki setiap tindakan memfokuskan kepada kebajikan kanak-kanak. Contoh tindakan yang tidak adil:
• Enggan mencuba pengurusan tingkah laku secara sistematik.
• Menempatkan murid secara sebarangan tanpa usaha membantu.
• Ketidaksediaan guru menyediakan perkhidmatan yang diperlukan.
iii. Penghormatan
Prinsip penghormatan menjelaskan tentang hak seseorang untuk dilayan sebagai manusia dan bukan seperti haiwan atau hanya statistik. Contoh tindakan yang salah:
• Hukuman fizikal (tampar, ketuk-ketampi)
• Hukuman psikologi (menyindir, memarahi, memberi gelaran)
• Pengabaian (menyekat kanak-kanak daripada peluang untuk berjaya)
• Pemisahan (salah penempatan di kelas khas)
• Pengasingan (penggunaan ’timeout’ secara tidak konsisten dan lama
• Pengubatan (salah guna ubat kawalan)
• Hukuman kejam (sekatan, renjatan elektrik)
2.6.2 Penglibatan ibu bapa
i. reaksi ibu bapa
• redha dan bersyukur
• keliru – akibatnya timbul berbagai reaksi
- salah diri
- tidak gembira / murung
- rasa bersalah
- penafian
- menyalahkan orang lain
- menarik diri
- mengelak diri
- pemarah dan memencilkan diri
- bermusuhan
- terlalu mengharap
- kecewa
• tidak dapat terima sama sekali.
ii. keperluan latihan
Ibu bapa memerlukan maklumat tentang prospek masa depan anak-anak mereka, oleh itu mereka perlu diberi pendedahan berikut:
• cara menguruskan anak yang bermasalah / kurang upaya.
• penerangan pakar perub atan / psikologi / kaunseling dsb.
• perbincangan dengan waris yang senasib tetapi telah berjaya.
• peluang-peluang yang ada sama ada dari segi bantuan, pendidikan / latihan dsb.
iii. hubungan rumah dengan sekolah
Para pelaksana perlulah berusaha menarik Ibu bapa untuk melibatkan diri dengan setiap aktiviti yang dijalankan agar mereka faham dan dapat sama-sama terlibat. Mereka juga boleh meneruskan aktiviti yang dijalankan dirumah supaya ada kesinambungan.

Senarai penerangan makna bagi sesuatu konsep.
• Normalisasi
Terma falsafah yang bermaksud memberi hak dan peluang kepada mereka yang berkeperluan khas untuk menikmati peluang pendidikan dan kehidupan sesempurna mungkin.
• ‘Due process’
Terma perundangan yang bermaksud hak untuk didengari sama ada daripada mereka yang berkeperluan khas sendiri, kaum keluarga mereka dan juga orang yang diperturunkan kuasa

nie nota xsberapa dripd ak amik kat blog spe ntah..
hope mmbn2 walau pun skit..
slmt study...
copy SDN. BHD. ea..

kata maaf

ak pun da lme xsinggah kt blok nie..
maafla ye..
sibuk sgt sem nie..
sem len pun sibuk gak..
sbb 2 la ak mls wat blog..
xrti nk tlis2 nie..

entry kali nie just nk ingatkn diri sye dan rakan2 y len
bhwe kte smue adalah milik Allah, dan pdenye juge kite kembali kn..

permainan kanak-kanak - bola gelung rotan _




Salam 1 Malaysia

maybe inilah game last yang nak dipromotekan untuk setakat ni la kan..if ada yang lain next ti akan di ushakan la jugak kan sini..kalau nak tau, pk5 crews ni memang giler glamour..lagi-lagi mereka dan mereka tu..haha..semua lah senang cerita..fair kot..

game ni pun agak best dan menarik..siap excited mintak ulang maen banyak kali lagi..nampak sangat memang best kan..berebut-rebut nak men tapi masa tak izinkan..lagi pun kami memang lapar yang amat kot n da nak abes masa..so, setakat bila dah score markah jela kan..takpe ladies, nex sem kita men masa weekend ya..bagi golongan yang tak ingin dok ip menjelang hujung minggu, kita paksa jugak main..gaga

enjoy da gambar :
game ni sangat best..rugi tak main

bila atlet hebat dan warm up..
pengerusi membacakan rules dan cara bermain

sapa lah yang tak fokus tu kan..yang depan dok seyes ko men2 plak..lempang kang

em, jom borak..sabotaj group ni mogok tak nak men..nak makan nak makan

ha korang faham tak ni? kalau salah men, aku belasah!! ada takut????

hei, dak giler dengan bola..yan kalau da mereng camtu la..sory yan..hehe

muka-muka winner..fokus beb fokus..ti cakap gua pending plak

tada..inilah gelanggang yang dipertaruhkan

undian duit syiling untuk tentukan permulaan game

tengok yan semangat menberikan arahan kepada am..syu plak da ready tok aksi lasak.yang len cam blur ek sebab tak dengar rapi..haha..ini group giler nak menang je

kami lepak beb..ceria je..janji cantik kan

perlawanan dimulakan

prett...pengadil yang berkaki lebar

ini plak pengadil bawahan

yes, my turn..ready kids..i hantar jejauh ni

sapa cakap jauh..cinenot je pun..aku dapat amek la

wei, dah terkeluar dari gelung la..aku excited nak amek tadi..sorry lupa..hahahahha..berdekah perut gelak tengok gelagat kumpulan over ni

em, kenapa gelung ni kosong ek?? ada sesiapa gi berak ke??

hai, kami da tersangat ready ni..cepat la start..excited kot

  good job catch it..antara penilai yang hadir                         









Sunday, December 19, 2010

Permainan Kanak-kanak - pundi kacang -

Salam 1 Malaysia

penerangan tentang rules permaianan oleh para pencipta

demo oleh pereka ternama

ayuh merancang strategi..game ni sangat mencabar mental

oooo jus..burung batu air

halloo..ini line tengah..jangan langgar okeh

ya Allah..mintak kumpulan kami menang..doa jangan tak doa

hei..aku dapat dulu la..watch up with ur hand

lontaran semangat..nah, amek!!!!

wait..anda kena kad coklet sebab blablabla

ur ready kids???

game semakin rancak..pengadil makin bengong

hei hei..me sini me sini

yes..i got it

adoi..jatuh plak da..kasut sy haus lah

aku dulu aku dulu..nak tumbuk ke??baik bagi aku

haish bebudak ni..bikin i gelak je

kami mau menang!!!!!!!
 Sekian..game ini sangat melucukan pada permulaan nye..tak caya,tanyalah ahli pk5 crews sendiri..permaianan dak cacat namanye mula-mula..lawak habis!!

Friday, December 17, 2010

permainan kanak-kanak - galah panjang

Salam 1 Malaysia

permainan kanak-kanak galah panjang versi pk5 crews :

sebelum penerangan lengkap diberikan kepada pemain, rujuk pakar dulu ok

explaination oleh cik ain n sik tehah..nampak tak muka garang siap cekak pinggang tanda suh fokus

memikirkan posisi sama ada betul atau tidak..yela, tak dengar rules kan tadi

are you ready kids??

acah jangan tak acah. masuk jangan tak masuk. cuit jangan tak cuit

hah hah hah tangan aku panjang lah

konpius der?mana satu nak jaga ni?pengsan

lari anak ke jalan laju-laju?ke nak merangkak o terbang?

muka penonton pelbagai aski terlampau yang dilihat

kami nak masuk ni..tak nak jaga ke?

ibu ayam dengan ibu itik deal kan dulu secara paksa

aku da ready lah..cepat la mula

cop!!!! ada yang saya nak tambah. patut begini n begini

sesi tunjuk cara. model yang giler glamor..yan la tu

ada faham?nak sambung lagi tak?

pewit!! da tamat game la..best best..balik nak tido

taklimat penutup
Sekian